Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

RESIPI - KUAH ROJAK BUAH MAKNGAH

Assalamualaikum.


Atas permintaan ramai(lupa nak kira) diperturunkan di sini
RESIPI KUAH ROJAK BUAH.












bahan-bahan utama

(1) 1 botol sos cili

(2) 1 botol kicap masin

(3) 1 kg gula merah
(4) 1 kg gula pasir











(5)100 gram tepung kanji sos (modified starch)
(6) 100 gram cili padi (lagi banyak lagi podas)
(7) 100 gram udang kering (dikisar)









(8) 5 camb belacan (dibakar)
(9) 1 camb asam jawa

(10) 1 cawan air











cara membuatnya

masak gula merah dengan kicap (tapis dulu)
bancuh tepung dengan air
masukkan semua bahan-bahan
masak hingga pekat


bahan untuk taburan atas kuah

(1) kacang tanah (goreng tanpa minyak dan ditumbuk)
(2) bijian (goreng tanpa minyak)


KUAH DAH SIAP TAKKAN NAK HIRUP KUT..... tentang buah-buahnya "lu fikirlah sendiri" ....boleh guna buah tempatan atau buah impot (epal....)

yang pasti UTAMAKAN BUAH TEMPATAN

timun
sengkuang
mangga
nanas
kedondong













Ini yang MAKNGAH SEDIAKAN.... cuma hiasan dah makan habis dah......JANGAN MELIUR AIR LELEH (term pakngah untuk meleleh air liur)


SELAMAT
MENCUBA

ROTI PUREE

Apa kata kita layan selera dengan makanan yang berhasiat dan sihat.

resipi ROTI PUREE sumbangan MAKNGAH

½ kg tepung gandum high protien
4 camca besar (camb) tepung whole meal
2 camb margarine
1 camb softener
½ paket mauripan
1 camt garam
air secukupnya utk uli

campur semua bahan, gaul seperti serbuk roti, masukkan air sedikit-sedikit uli hingga lembut.

Biarkan selama 3 hingga 4 jam dalam suhu bilik. Canai dan goreng hingga masak.




canai elok-elok jangan nipis sangat nanti bocor

alhamdulillah. naik jugak roti ni


sedia untuk dimakan. nak makan dengan kuah APA ekk...??? ikut seleralah. Sambal sardin, kari atau kaya pun sodap. Jangan lupa baca BISMILLAH.
selamat mencuba..





FRUIT FLAN/TART BUAH-BUAHAN














tengok gambar sudah tentu meliur air leleh (terma pakngah). jadi takkan nak biarkan begitu saje. nak makan yang ni cuma gambar. apa kata cuba resipi makngah dan makanlah yang sebenar.. jgn lupa baca BISMILLAH.
resipi tart buah-buahan SUMBANGAN MAKNGAH.
Fruit flan

500gm tepung gandum
250gm mentega
100gm gula halus
2 biji kuning telor
sedikit esen vanila
sedikit garam

pukul mentega dengan gula hingga kembang.
Masukkan telor, esen vanila, garam dan tepung
gaul hingga sebati. Masukkan dlm acuan baker
15-20minit suhu 1500


kastard
50gm / 10cmb tepung jagung atau tepung kastard
250ml susu pekat manis atau ikut rasa
1000ml air

hiasan
buah kiwi, anggur dan pic atau ikut suka.
INSYALLAH jadi... nak tahu sedap x beri kita orang cuba try test...
SELAMAT MENCUBA.













teratak kami

teratak kami

hubungi kami

sebarang maklum balas, sila email ke i_akrab@yahoo.com

sembang siber


ShoutMix chat widget