Assalamualaikum.
23 Mac 2010
Genap setahun Allahyarhamah Mariam meninggalkan kita semua. Arwah adalah mama, adik, kakak dan makandak yang disenangi oleh semua semasa hayatnya.
Marilah kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah ke atas roh arwah. Semoga ALLAH menempatkan roh arwah bersama-sama orang yang solehah...AMINNNNNN..
http://203.130.196.51/literature/qrn/001fatiha_01.mp3
http://www.ziddu.com/viewfile/2313651/KR00.mp3.html
ALLAHYARHAMAH MARIAM ALI 15 Julai 1964 - 23 Mac 2009
Labels: i-akrab
HAPPY BIRTHDAY - MARCH
ASSALAMUALAIKUM.
BAGI PIHAK SEMUA AHLI I-AKRAB DIUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARILAHIR KEPADA AHLI-AHLI I-AKRAB YANG LAHIR PADA BULAN MAC.
Adnan - 19 Mac
Azli - 20 Mac
Aifa - 26 Mac
Pakteh Hj. Abdullah - 27 Mac
Maklang Rosiah - 27 Mac
Nur Fadhilah Abd. Wahab - 30 Mac
semoga panjang umur dan murah rezeki.
p.s. untuk nan dan azli lambat wish kerana problem dengan internet.
hayatilah nasyid ini
Labels: birthday
nostalgia
assalamualaikum.
ini gambar lama yang diambil dalam STUDIO PAKARD di Melaka tahun 1965.
Gambar asal ada pada PAKNGAH
Labels: i-akrab
RESIPI - KUAH ROJAK BUAH MAKNGAH
Assalamualaikum.
Atas permintaan ramai(lupa nak kira) diperturunkan di sini
RESIPI KUAH ROJAK BUAH.
bahan-bahan utama
(1) 1 botol sos cili
(2) 1 botol kicap masin
(3) 1 kg gula merah
(4) 1 kg gula pasir
(5)100 gram tepung kanji sos (modified starch)
(6) 100 gram cili padi (lagi banyak lagi podas)
(7) 100 gram udang kering (dikisar)
(8) 5 camb belacan (dibakar)
(9) 1 camb asam jawa
(10) 1 cawan air
cara membuatnya
masak gula merah dengan kicap (tapis dulu)
bancuh tepung dengan air
masukkan semua bahan-bahan
masak hingga pekat
bahan untuk taburan atas kuah
(1) kacang tanah (goreng tanpa minyak dan ditumbuk)
(2) bijian (goreng tanpa minyak)
KUAH DAH SIAP TAKKAN NAK HIRUP KUT..... tentang buah-buahnya "lu fikirlah sendiri" ....boleh guna buah tempatan atau buah impot (epal....)
yang pasti UTAMAKAN BUAH TEMPATAN
timun
sengkuang
mangga
nanas
kedondong
Ini yang MAKNGAH SEDIAKAN.... cuma hiasan dah makan habis dah......JANGAN MELIUR AIR LELEH (term pakngah untuk meleleh air liur)
SELAMAT
MENCUBA
Labels: resipi