ROTI PUREE

Apa kata kita layan selera dengan makanan yang berhasiat dan sihat.

resipi ROTI PUREE sumbangan MAKNGAH

½ kg tepung gandum high protien
4 camca besar (camb) tepung whole meal
2 camb margarine
1 camb softener
½ paket mauripan
1 camt garam
air secukupnya utk uli

campur semua bahan, gaul seperti serbuk roti, masukkan air sedikit-sedikit uli hingga lembut.

Biarkan selama 3 hingga 4 jam dalam suhu bilik. Canai dan goreng hingga masak.




canai elok-elok jangan nipis sangat nanti bocor

alhamdulillah. naik jugak roti ni


sedia untuk dimakan. nak makan dengan kuah APA ekk...??? ikut seleralah. Sambal sardin, kari atau kaya pun sodap. Jangan lupa baca BISMILLAH.
selamat mencuba..





3 comments:

N@ny@niE January 7, 2010 at 4:40 PM  

wow..sedapnya sampai laparnya perut..sesuai buat yanie dalam pantang..tapi bolehke yanie makan pak ngah?

Syukdarin January 7, 2010 at 5:42 PM  

kalau Yanie tak leh makan,...aku boleh hehe

Pakngah January 9, 2010 at 2:10 PM  

Macam makan roti high protien aje. X banyak minyak dan berkhasiat. Sesuai jaga badan.

teratak kami

teratak kami

hubungi kami

sebarang maklum balas, sila email ke i_akrab@yahoo.com

sembang siber


ShoutMix chat widget